Where Great Technical Career Begin

Where Great Technical Career Begin

Utama arrow Maklumat Umum
Latar Belakang PDF Cetak Emel
Image
 

          Universiti Teknikal  Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan selaras dengan penjenamaan semula Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di bawah Seksyen 8 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) menerusi  Perintah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Pemerbadanan 2007) yang telah diwartakan sebagai P.U. (A) 45/2007 pada 1 Februari 2007. Perpustakaan UTeM berperanan sebagai pusat kecemerlangan ilmu bagi warga UTeM dan mula memberikan perkhidmatannya pada 10 Jun 2001 bersempena dengan pendaftaran pelajar perintis seramai 348 orang di Kampus Sementara di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka.

          Pada 5 September 2005, Perpustakaan UTeM telah berpindah dari Kampus Sementara ke Kampus Industri dan telah beroperasi sejak 12 September 2005. Perpustakaan di Kampus Industri yang berkeluasan 2,229 meter persegi mampu menampung kapasiti pengguna seramai 400 orang pada satu - satu masa. Perpustakaan Cawangan Kampus Induk pula menyediakan kapasiti 120 tempat duduk dalam satu - satu masa dengan keluasan ruang 432 meter persegi bagi menampung keperluan pengguna dari dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer (FKEKK).

          Perpustakaan UTeM juga telah membuka cawangannya di Kampus Bandar, Jalan Hang Tuah, Melaka yang telah beroperasi pada 01 Oktober 2007 bagi menyediakan kemudahan rujukan untuk pelajar pasca siswazah yang mengikuti kursus di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) dan kursus-kursus jangka panjang / pendek Universiti. Perpustakaan cawangan ini boleh menampung kapasiti pengguna seramai 73 orang dalam satu masa. Pada 8 Julai 2009, Perpustakaan UTeM telah berpindah dari Kampus Industri ke bangunan baru di Kampus Induk, Durian Tunggal dan mula beroperasi sepenuhnya pada 29 September 2009 hingga kini.

          Perpustakaan di Kampus Induk yang berkeluasan 10,063.68 meter persegi mampu menampung kapasiti pengguna seramai 500 orang pada satu - satu masa. Seiring dengan pengoperasian perpustakaan ke bangunan baru di Kampus Induk, Perpustakaan Cawangan Kampus Industri telah ditutup pada 3 September 2009. Pada 21 April 2011, Perpustakaan Kampus Industri telah beroperasi semula seiring dengan penubuhan Kampus Teknologi yang menempatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). Pada 1 April 2014, Perpustakaan UTeM Cawangan Kampus Industri telah dikenali sebagai Perpustakaan Cawangan Kampus Teknologi sempena penukaran nama kampus tersebut oleh universiti.

          Sehingga Disember 2015, koleksi Perpustakaan adalah sejumlah 100,445 judul bahan bercetak serta terdapat 32 pangkalan data atas talian. Koleksi ini meliputi bidang teras UTeM iaitu Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Teknologi Maklumat & Komunikasi. Di samping itu, terdapat juga koleksi di dalam bidang sains seperti fizik, kimia, matematik dan juga bacaan am. Perkembangan sumber ilmu ini mampu memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan kepada warga universiti.

          Dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pengguna, Perpustakaan telah menggunakan Integrated Library Management Utility (ILMU) sebagai  sistem  pengkomputeran melalui WebOPAC bagi memudahkan pengguna mengakses  maklumat bahan / koleksi Perpustakaan dengan mudah, cepat dan efisien.  Sistem ini bukan hanya boleh diakses di sekitar kampus sahaja malah di mana-mana sahaja melalui laman web http://library.utem.edu.my. Perpustakaan UTeM akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik selaras dengan wawasan Universiti untuk menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia.

 
 
Joomla Templates by Joomlashack