Where Great Technical Career Begin

Where Great Technical Career Begin

Utama arrow Perkhidmatan
Perkhidmatan PDF Cetak Emel

Image

PERKHIDMATAN SIRKULASI

Pinjaman

  • Hanya ahli yang berdaftar diberi kemudahan pinjaman. Pinjaman boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi atau di Mesin Pinjaman Layan Diri. Peminjam akan diberi resit Pinjaman bahan untuk semakan tarikh pulang.
  • Pengguna digalakkan menyemak pinjaman secara atas talian.
  • Kelayakan dan tempoh pinjaman adalah mengikut kategori pengguna.
  • Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.
  • Bahan yang hilang hendaklah dilaporkan segera di Kaunter Sirkulasi. Pengguna diberi tempoh 2 minggu untuk mencari menggantikan bahan yang hilang.
  • Bahan pinjaman yang dibawa keluar mestilah melalui pinjaman secara sah.
  • Pinjaman Bahan Media seperti kaset video, kaset audio, slaid dan bahan digital seperti video CD, CD-ROM, disket dan DVD hendaklah dilakukan di Kaunter Sirkulasi.   

Pemulangan

  • Pemulangan bahan hendaklah dilakukan di Kaunter Sirkulasi atau Mesin Pemulangan Layan Diri.
  • Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan untuk memberi peluang kepada pengguna lain merujuk atau meminjam bahan tersebut. Denda akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan bahan.
  • Notis peringatan lewat hanya akan dihantar kepada staf.
  • Pelajar tidak dihantar sebarang peringatan dan denda lewat dikira 1 hari selepas tamat tempoh.
  • Pelajar hendaklah memulangkan semua bahan Perpustakaan apabila menarik diri, berhenti, menangguh atau tamat pengajian.
  • Pemulangan Bahan Media seperti kaset video, kaset audio, slaid dan bahan digital seperti video CD, CD-ROM, disket dan DVD hendaklah dilakukan di Kaunter Sirkulasi.

Pembaharuan Tarikh Pemulangan Bahan

  • Pembaharuan tarikh pemulangan bahan hanya boleh dilakukan sebanyak 2 kali sahaja. Pembaharuan boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi atau secara atas talian dan dibuat sebelum tarikh pemulangan bahan berkenaan.
  • Pengguna hanya dibenar memperbaharui tarikh pemulangan bahan dengan syarat tiada tempahan dari pengguna lain, bahan belum lewat dari tarikh pemulangan dan tiada denda tertunggak.

Tempahan Bahan

  • Hanya buku dalam pinjaman peminjam lain boleh ditempah.
  • Pengguna tidak dibenarkan menempah buku yang sedang dipinjam sendiri.
  • Tempahan boleh dibuat secara atas talian atau di Kaunter Sirkulasi.
  • Bahan tempahan akan disimpan selama 1 minggu sahaja dan akan disusun semula di rak jika penempah tidak meminjam bahan tersebut.

Gantian Bahan Hilang atau Rosak

  • Laporkan dengan kadar segera sekiranya bahan yang dipinjam hilang atau rosak kepada Pegawai di Unit Sirkulasi.
  • Pengguna diberi tempoh dua (2) minggu untuk mencari bahan yang hilang. Setelah tempoh tersebut tamat dan pengguna gagal mencari bahan tersebut, pengguna hendaklah menggantikan bahan tersebut dengan tiga (3) cara besertakan bayaran denda lewat (jika ada) iaitu :

i. Bahan tersebut perlu diganti semula (edisi terkini); atau

ii. membayar kos semasa bahan tersebut berserta dengan kos perkhidmatan sebanyak RM25.00; atau

iii. sekiranya bahan lama yang tidak dapat dikesan harganya, bahan terbitan tempatan dibayar RM40.00 manakala terbitan luar negara RM150.00 termasuk kos perkhidmatan.

PERKHIDMATAN RUJUKAN

Meja Penasihat Pengguna (MPP)

  • Pengguna yang memerlukan bantuan boleh berjumpa dengan Pustakawan yang bertugas di Meja Penasihat Pengguna   untuk dapatkan khidmat nasihat dengan mengisi borang yang telah disediakan.
  • Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna menggunakan Perpustakaan secara lebih berkesan. Ianya juga bertujuan untuk mengatasi masalah pencarian maklumat atau bahan-bahan yang diperlukan, memberi tunjuk ajar cara mengguna katalog atas talian (WebOPAC) dan bahan rujukan serta menjawab segala pertanyaan.

Program Pendidikan Pengguna (PPP)

  • Kelas Pendidikan Pengguna merupakan usaha Perpustakaan untuk memberikan maklumat berkualiti dan terkini kepada pengguna dalam usaha menyokong proses pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan.
  • Kelas ini dijalankan secara berjadual dan atas permintaan untuk mendidik pengguna supaya dapat menggunakan Perpustakaan dengan lebih berkesan.

Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL)

Perkhidmatan Komputer Internet dan Tugasan

  • Perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan komputer untuk tujuan melayari Internet dan melakukan tugasan yang disediakan di ruang media kepada pengguna perpustakaan.

Perkhidmatan Pangkalan Data

  • Perkhidmatan ini boleh diakses melalui komputer yang disediakan khas untuk mengaksesnya sahaja.
  • Terdapat dua (2) jenis pangkalan data iaitu-:

I. Pangkalan Data Atas Talian

- Pangkalan Data Tempatan

- Pangkalan Data Luar

II. Pangkalan Data Dalaman

- Kertas soalan peperiksaan

- Keratan akhbar mengikut bidang teras UTeM dan umum

- Kertas kerja seminar/persidangan

  • Pangkalan data ini boleh terus diakses melalui laman web Perpustakaan di http://library.utem.edu.my

Pameran Semasa

  • Pameran bertujuan memberikan penambahan pengetahuan di samping mewujudkan kesedaran tentang keperluan   maklumat terkini dari masa ke semasa.
  • Ruang pameran ini juga boleh boleh digunakan oleh Persatuan Pelajar yang berminat untuk mengadakan pameran namun perlu mendapat kelulusan Pejabat Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu.
  • Tempahan ruang pameran mesti dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh pameran diadakan.

Sudut Pameran Bahan Baru

  • Pameran bahan baru diadakan secara berterusan dan bahan boleh dipinjam terus melalui proses peminjaman bahan yang telah ditetapkan.
  • Sinopsis setiap bahan baru akan dipamerkan di papan kenyataan Perpustakaan.   

Aktiviti Tayangan

  • Tayangan yang berbentuk akademik, dokumentari dan berita yang dibenarkan.
  • Aktiviti ini meliputi tayangan televisyen, saluran Astro dan video.
  • Tayangan video merupakan tayangan umum bulanan dan pengguna boleh mendapatkan jadual tayangan dan tajuk di Perpustakaan.
 
 
Joomla Templates by Joomlashack