Where Great Technical Career Begin

Where Great Technical Career Begin

Utama arrow Maklumat Umum arrow Peraturan Am
Peraturan Am PDF Cetak Emel

Image

  • Ahli Tetap mestilah memakai kad matrik (bagi pelajar) & kad staf (bagi staf) yang

               dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar, UTeM.  Ahli luar hendaklah memakai kad

               keahlian Perpustakaan apabila memasuki Perpustakaan.

  • Pengguna mestilah patuh kepada peraturan senyap di  Perpustakaan.
  • Pengguna mestilah membenarkan pegawai bertugas memeriksa buku, fail dan

               lain-lain yang dibawa keluar dari Perpustakaan.

  • Makan, minum dan membuat sampah adalah dilarang di dalam  perpustakaan. 

               Merokok tidak dibenarkan di dalam Perpustakaan.

  • Beg, topi keledar, payung, baju hujan dan bungkusan tidak  dibenarkan dibawa

               masuk ke dalam Perpustakaan.  Barang-barang ini mestilah   disimpan/ditempatkan 

               di bilik   yang  dikhaskan  di luar bangunan.

  • Pengguna  Perpustakaan  yang  membuat  salinan  fotokopi adalah

              bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa perkara yang bersabit dan

              bertentangan dengan AKTA HAKCIPTA 1987.

  • Pengguna  tidak  dibenarkan mengguna telefon bimbit di dalam   Perpustakaan.
  • Tempahan tempat duduk adalah tidak dibenarkan.  Pengguna lain boleh mengambil tempat duduk yang kosong lebih

               daripada 20 minit.

  • Peralatan dan perabot tidak dibenarkan dialih daripada tempat yang ditetapkan.
  • Pengguna mestilah berpakaian kemas seperti yang ditetapkan oleh pihak Universiti.  Pihak Perpustakaan berhak meminta

               pengguna yang tidak berpakaian kemas meninggalkan Perpustakaan.  T-shirt  tidak berkolar dilarang sama sekali.  Begitu

               juga dengan penggunaan selipar jepun.

  • Pihak Perpustakaan  berhak meminta pengguna yang dianggap   berkelakuan   sumbang / salah  laku  dan   mengganggu

                ketenteraman perpustakaan supaya beredar dari Perpustakaan.

  • Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke ruang bacaan.
  • Semua jenis mainan tidak dibenarkan di ruang am Perpustakaan.
  • Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk apa jenis binatang ke dalam Perpustakaan.
  • Pengguna tidak dibenarkan sama sekali merosak/mengoyak buku dan lain-lain harta Perpustakaan.
  • Pengguna yang engkar mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan

                perkhidmatan perpustakaan.

  • Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan harta (pengguna).
  • Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan-peraturan perpustakaan dari masa ke semasa.
  • Pelanggaran  peraturan-peraturan boleh mengakibatkan pengguna dikenakan tindakan seperti di bawah :

                         a) Diminta keluar dari perpustakaan

                         b)Tidak dibenarkan masuk dan menggunakan kemudahan perpustakaan

                         c) Dirujuk kepada jawatankuasa Tatatertib.  

 
 
Joomla Templates by Joomlashack