Where Great Technical Career Begin

Where Great Technical Career Begin

Home arrow Guides arrow Student and Academic arrow Inter Library Loan
Inter Library Loan PDF Print E-mail

 

Borang Permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)- (klik disini)

Borang Permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)-Berbayar (klik disini)

 

SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP) UTEM

Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) adalah Sistem Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan yang membolehkan pengguna meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di dalam koleksi Perpustakaan UTeM tetapi masih diperlukan dari mana-mana institusi luar (IPTA/S)

Perkhidmatan ini juga dikenali sebagai Sistem Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP).

 

Siapakah yang layak menggunakan SPP?

Staf dan pelajar UTeM 

Staf yang sedang cuti belajar adalah tidak layak untuk menggunakan perkhidmatan ini.

 

Apakah jenis bahan yang BOLEH dipinjam melalui SPP?

i. Buku

ii. Artikel jurnal/majalah.

iii. Prosiding seminar, bahan yang tiada di dalam koleksi Perpustakaan UTeM.

 

Apakah jenis bahan yang TIDAK BOLEH dipinjam melalui SPP?

Tesis, bahan rujukan, bahan terbitan bersiri seperti majalah, dan jurnal. Walau bagaimanapun, artikel dari majalah atau jurnal boleh difotokopi. 

 

Berapakah bilangan bahan yang boleh dipinjam dalam satu masa?

Tiada had pinjaman. 

 

Adakah perkhidmatan ini dikenakan bayaran?

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini.  

*Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)

Semua pemohon yang menggunakan perkhidmatan PAP ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang tercatat dalam AKta Hakcipta 1987 (Akta 332)

 

Bagaimana untuk membuat pinjaman?

Pengguna boleh terus menghantar maklumat lengkap permohonan ke alamat emel  This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau muat turun borang SPP yang terdapat pada laman web perpustakaan (http://library.utem.edu.my) melalui pautan Online Forms. Lengkapkan butir-butir yang diminta dan hantarkan  ke Meja Penasihat Pengguna (MPP), Perpustakaan. 

 

Berapa lama sesuatu permohonan diproses?

Permohonan akan diproses dalam masa 10 hari waktu bekerja.  

 

Berapa lama tempoh yang diambil oleh Perpustakaan UTeM untuk mendapatkan bahan yang dipohon?

Kebiasaannya bahan buku mengambil masa 10 - 14 hari manakala artikel 3 -5 hari. Walau bagaimanapun, tempoh pembekalan ini adalah bergantung kepada faktor ketersediaan bahan dan tertakluk kepada polisi perpustakaan pembekal.  

 

Berapa lama sesuatu bahan itu boleh dipinjam?

Tempoh pinjaman adalah bergantung kepada pihak perpustakaan yang memberi pinjaman. Kebiasaannya 2 minggu hingga 1 bulan.  

 

Bolehkah pemohon membuat pembaharuan tempoh peminjaman untuk bahan SPP?

Boleh. Peminjam perlu memaklumkan kepada Bahagian Rujukan dengan menghubungi 03-3316834 sekurang-kurang 5 hari dari tarikh pemulangan. Keputusan berkaitan pembaharuan tempoh peminjaman adalah bergantung kepada perpustakaan yang membekalkan bahan tersebut. 

 

Pemohon telah meminjam buku dengan menggunakan perkhidmatan SPP, dan dapati buku tersebut sangat penting dan memenuhi keperluan penyelidikan pemohon. Adakah pemohon boleh mencadangkan agar perpustakaan membeli bahan tersebut untuk dijadikan koleksi perpustakaan?

Ya. Peminjam boleh mencadangkan kepada perpustakaan UTeM untuk membuat pembelian bagi buku yang tiada di dalam koleksi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pustakawan Bahagian Rujukan, Puan Noraini binti Mohd Nor di talian 06-3316834.

 
< Prev   Next >
 
Joomla Templates by Joomlashack