Where Great Technical Career Begin

Where Great Technical Career Begin

Utama arrow FAQ
FAQs PDF Cetak Emel

Perkhidmatan

1. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan dan kemudahan Perpustakaan?

i. Pelajar

ii. Staf (akademik/bukan akademik)

iii.Jurutera Pengajari

v. Pegawai Penyelidik

v. Pembantu Penyelidik

vi. Ahli luar yang berdaftar

 

2. Bagaimanakah cara untuk meminjam bahan-bahan di Perpustakaan?

Melalui dua (2) kaedah:

i. Kaunter Sirkulasi

ii. Mesin Pinjaman Layan Diri

 

3. Bagaimanakah cara pemulangan bahan-bahan Perpustakaan?

Juga melalui dua (2) kaedah:

i. Kaunter Sirkulasi

ii. Mesin ‘Book Drop’

 

4. Apakah jenis bahan dan kelayakan tempoh pinjaman bagi ahli Perpustakaan?

Maklumat boleh didapati melalui Kaunter Sirkulasi (06-3316830/6831) atau laman web Perpustakaan (http://library.utem.edu.my).

 

5. Apakah fungsi Akaun Pengguna?

Akaun Pengguna membolehkan pengguna Perpustakaan untuk melakukan beberapa transaksi secara atas talian seperti pembaharuan tempoh pinjaman, tempahan buku dan lain-lain.

6. Bagaimana untuk mendapatkan ID dan kata laluan untuk Akaun Pengguna bagi pengguna baru?

  Untuk pengguna baru, ‘Patron ID: No Pelajar/No Staf’ dan ‘Password: 1’. Untuk maklumat lanjut sila ke Kaunter Sirkulasi (06-3316830/6831).  

7. Bagaimana jika terlupa kata laluan atau ID pengguna di akaun pengguna?

Pengguna Perpustakaan boleh ke Kaunter Sirkulasi (06-3316830/6831).

 

8. Bagaimana ingin memperbaharui tempoh pinjaman secara atas talian?

Dengan mengakses Akaun Pengguna melalui laman web Perpustakaan (http://library.utem.edu.my). Klik pada ‘On-loan Item’ dan pilih buku yang ingin diperbaharui dari senarai pinjaman. Akhir sekali, klik pada ‘Renew’ di bawah senarai pinjaman. Untuk panduan bergambar: Laman Web Perpustakaan – e-Panduan – Pelajar dan Staf – Pembaharuan atas talian.

9. Apakah fungsi Meja Penasihat Pengguna (MPP)?

    Pustakawan bertugas akan membantu pengguna Perpustakaan untuk mendapatkan khidmat nasihat seperti:· 

· Pencarian bahan/maklumat

· Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)

· Khidmat nasihat

· Pertanyaan rujukan

· Cadangan pembelian bahan

· Penggunaan WebOPAC

· Penggunaan Pangkalan Data

 

10. Adakah Perpustakaan menyediakan bahan media?

Ada, bahan media seperti CD, DVD, Video dan lain-lain. Segala urusan peminjaman dan pertanyaan, sila berurusan di Kaunter Media.

 

11. Siapakah yang boleh menyertai dan bagaimana untuk menyertai Kelas Pendidikan Pengguna (KPP)?

KPP ditujukan khas kepada pelajar, Pegawai Penyelidik dan Pembantu Penyelidik. Permohonan KPP boleh dibuat di Meja Penasihat Pengguna atau memuat turun borang (e-Form) permohonanan di laman web Perpustakaan (http://library.utem.edu.my)

 

12. Apakah Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)?

Sistem Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan di mana pengguna boleh meminjam dan mendapat bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi luar (IPTA/S) menerusi Perpustakaan Universiti Teknikal Malysia Melaka (UTeM).

13. Siapakah yang layak memohon PAP dan bagaimana?

      Staf dan pelajar UTeM. Borang boleh dimuat turun dilaman web Perpustakaan (http://library.utem.edu.my. Permohonan   lengkap boleh dihantar melalui dua (2) kaedah: 

i. Softcopy: Emelkan ke  Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

ii. Hardcopy: Serahkan ke Meja Penasihat Penguna (MPP)

 

 

Bahan-Bahan atas Talian

 

1. Adakah pangkalan data atas talian boleh diakses dari luar kampus UTeM?

Ya, melalui Ez-proxy (http://libproxy.utem.edu.my/login) dengan memasukkan Staf/Pelajar ID dan No kad pengenalan.

2. Adakah Perpustakaan ada menyediakan kertas soalan peperiksaan semester lepas secara atas talian?

Kertas soalan peperiksaan boleh dimuat turun melalui pautan Ez-proxy (http://libproxy.utem.edu.my/login) dengan memasukkan Staf/Pelajar ID and No kad pengenalan.

3. Bagaimana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan Pangkalan Data?

Pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat Pustakawan di Meja Penasihat Pengguna (MPP) dan juga melalui Kelas Pendidikan Pengguna (KPP).

4. Bagaimana untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tesis, PJP and PSM?

Sila berurusan di Kaunter Sirkulasi. Pencarian boleh dibuat menggunakan WebOPAC Perpustakaan (http://library.utem.edu.my). Walaubagaimanapun, bahan-bahan ini hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja.

5. Bagaimana untuk mengetahui dengan lebih lanjut koleksi khas UTeM (Kursus, seminar dan teks ucapan NC)?

Perpustakaan ada menyediakan koleksi ini di laman web Perpustakaan (http://library.utem.edu.my) melalui pautan e-Dokumen.

Kemudahan

1. Adakah Perpustakaan membuka keahlian kepada ahli/masyarakat luar UTeM?

Ada, pemohon boleh mendapatkan maklumat dari kaunter Sirkulasi dengan menelefon di talian 06-3316830/6831.

2. Adakah perpustakaan menyediakan perkhidmatan sewaan loker?

Ya, terdapat dua (2) saiz loker yang ditawarkan

i. 43 cm X 34.5 cm = RM5.00

ii. 28.5 cm X 34.5 cm = RM3.00

Untuk maklumat lanjut sila ke Kaunter Sirkulasi (06-3316830/6831) atau muat turun brosur (http://library.utem.edu.my/dmdocuments/locker_rental.pdf).

3. Adakah Perpustakaan dilengkapi dengan akses internet tanpa wayar atau wireless?

Ada, di aras 1 dan 2 Perpustakaan.

4. Bagaimana untuk menggunakan Mesin Pinjaman Layan Diri?

Pengguna boleh meminta bantuan dari pembantu perpustakaan di Kaunter Sirkulasi atau melalui pautan ini (http://library.utem.edu.my/dmdocuments/tatacara%20penggunaan%20mesin%20layan%20diri.pdf)

5. Bagaimana untuk menggunakan Mesin ‘Book Drop’?

Maklumat mengenai penggunaan mesin ‘book drop’ boleh dibuat menerusi Kaunter Sirkulasi atau melalui pautan ini (http://library.utem.edu.my/dmdocuments/bookdrop.pdf)

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pegawai Automasi, Pn. Nurul Akmar di talian 06-3316804 atau email Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya .

 
 
Joomla Templates by Joomlashack