Apa Itu Knowledge Management?

“…Ianya merupakan satu disiplin yang mempromosikan pendekatan bagaimana mengenalpasti, mengurus dan berkongsi harta maklumat dalam sesebuah organisasi. Harta maklumat organisasi berbentuk pangkalan data, dokumen, polisi dan peraturan organisasi serta pakar-pakar dan pekerja-pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman.”(Gartner Group Inc. 1996)

“Pengurusan pengetahuan ialah segala kegiatan yang berstruktur untuk penambahbaikan sesebuah organisasi melalui perkongsian maklumat serta penggunaan maklumat yang betul. Penentu kejayaan organisasi dalam menguruskan maklumat mesti berasaskan kepada modal intelek yang merangkumi persaingan modal insan, modal berstruktur dan modal perhubungan.”(McShane and Glinow, 2006)

>seterusnya

Tacit Knowledge

Tacit knowledge adalah model untuk memahami dunia dalam bentuk konsep, diekspresikan dalam bentuk teori dan pengalaman yang dimilikinya.

Explicit Knowledge

Explicit knowledge adalah model untuk memahami dunia dalam bentuk keahlian atau kognitif, diekspresikan dalam bentuk sistem, peraturan-peraturan, prosedur-prosedur dan tata cara kerja yang difahaminya.

Tacit

Tacit knowledge adalah model untuk memahami dunia dalam bentuk konsep, diekspresikan dalam bentuk teori dan pengalaman yang dimilikinya. Tacit knowledge merupakan pengetahuan manusia yang masih dalam bentuk konsep pemikiran mereka sendiri belum diolah untuk diaplikasikan dan belum dikodifikasi. Tacit knowledge ini kadang kala susah untuk diungkapkan atau ditulis. Itulah yang  dikatakan bahawa pengetahuan kita jauh lebih banyak daripada yang kita ceritakan.

Explicit

Explicit knowledge adalah model untuk memahami dunia dalam bentuk keahlian atau kognitif, diekspresikan dalam bentuk sistem, peraturan-peraturan, prosedur-prosedur dan tata cara kerja yang difahaminya. Berbeza dengan tacit knowledge, explicit knowledge merupakan pengetahuan yang menghubungkan informasi-informasi yang diperolehi, dikumpulkan, diolah agar dapat diaplikasikan dan dikodifikasi dalam bentuk sistem, peraturan dll.