MS ISO 9001:2008

Visi

Menjadi pusat maklumat yang terunggul, komprehensif dan kompetitif dalam bidang teknikal

Misi

Menyediakan sumber maklumat dan rujukan yang terbaik serta perkhidmatan berkualiti melalui penggunaan teknologi terkini dalam menyokong Visi dan Misi Universiti

Objektif Perpustakaan

  • Memenuhi keperluan maklumat Universiti dengan menyediakan sumber yang menepati keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan dan penerbitan.
  • Menyedia dan mempromosi perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan.
  • Meningkatkan kecekapan penyebaran ilmu dan maklumat kepada pelanggan.
  • Memupuk budaya ilmu di kalangan warga UTeM dan luar UTeM sebagai masyarakat berpengetahuan.

  • Piagam Pelanggan

    Kami warga Perpustakaan UTeM berjanji dan beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkualiti dengan mengutamakan kepuasan pelanggan.

    Dasar Kualiti

    Perpustakaan UTeM komited untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, efisyen, berkualiti dan mesra pengguna dengan mengutamakan kepuasan pelanggan serta berusaha ke arah penambahbaikan yang berterusan.
    Perkhidmatan Perpustakaan meliputi :

  • Pembangunan koleksi, perolehan, pengindeksan dan pengurusan koleksi.
  • Perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pendaftaran keahlian.
  • Perkhidmatan Sistem Pinjaman Antara Perpustakaan (SPP)
  • Objektif Kualiti

  • 1. Memastikan 90% bahan rujukan yang diperoses dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan dikeluarkan daripada Bahagian Pembangunan Koleksi.
  • 2. Memastikan 95% jumlah pertanyaan pengguna melalui emel rasmi Perpustakaan dijawab dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  • 3. Memastikan borang aduan/cadangan pelanggan yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  • 4. Memastikan 90% bahan yang dimohon melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) diperolehi dalam masa sepuluh (10) hari waktu bekerja.
  • 5. Memastikan 90% staf mencapai latihan 42 mata CPD (Pembangunan Profesional Berterusan).
  • 6.Memastikan keberkesanan pengoperasian Sistem Pengurusan Perpustakaan Bersepadu (ILMU) mencapai 99.5%.
  • 7. Memastikan 5% peningkatan bilangan pengunjung fizikal dan portal Perpustakaan.
  •  

    Perpustakaan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia.
    Phone: +606-3316801 Fax: +606-331 6811
    e-mail : library@utem.edu.my